Apple Memberikan Kemaskini iOS 12.5.4 Untuk Peranti Lama

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kini kini sudah semakin hampir kepada pelancaran rasmi iOS 15 yang menjanjikan penambahbaikan privasi serta ciri baharu. Tetapi masih terdapat banyak peranti Apple di luar sana yang tidak boleh menerima kemas kini ke iOS 13. Bagi pengguna peranti klasik, Apple telah memberikan kemas kini terkini iOS 12.5.4.

iOS 12.5.4 memberikan tampalan sekuriti yang perlu dilakukan sekarang bagi mengelakkan peranti terdedah kepada serangan aplikasi hasad dan digodam. Antara isu yang diselesaikan ialah kerentanan WebKit yang dilaporkan sebelum ini. Ia boleh dimuat turun pada iPhone, iPad dan iPod Touch yang tidak boleh menerima kemas kini iOS 13 dan ke atas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami