Apple Music Beta Untuk Android Kini Menyokong Audio Spatial Dolby Atmos Dan Audio Nirhilang

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas, Apple telah mengumumkan yang Apple Music akan hadir dengan sokongan Audio Spatial Dolby Atmos dan juga audio Hi-Res/Hi-Fi nirhilang. Lebih menarik, Apple tidak mengenakan sebarang caj tambahan kepada pelanggan. Sesiapa yang sudah melanggan Apple Music, sama ada pelajar, individu atau Apple One boleh terus menikmati ciri baharu ini pada bulan ini.

Pengguna produk Apple sudah pun mula menerima sokongan penstriman audio berkualiti tinggi ini. Terkini, Apple mula mengaktifkan semua ciri baharu ini kepada pelanggan Apple Music di Android pula. Tetapi, ia hanya diaktifkan kepada pengguna beta melalui versi 3.6. Pendaftaran rasmi beta sudah pun penuh dan fail APK yang saya pasang sejak bulan lepas versi yang sama juga masih tidak ada lagi pilihan menstrim atau muat turun muzik nirhilang. Pada setiap album juga tiada sebarang logo Dolby Atmos dan lain-lain.

Berkemungkinan besar, ciri ini diedarkan daripada bahagian pelayan dan pengguna terpilih sahaja dapat menikmatinya. Di Android, pengguna juga masih memerlukan aksesori audio yang menyokong penstriman audio kualiti tinggi dan juga aksesori tambahan seperti kabel yang diiktiraf dan juga DAC.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami