Secara lazimnya satelit diperbuat daripada bahan logam yang tahan lasak bagi membolehkan ia beroperasi di ruang vakum angkasa lepas. Tetapi tahun ini WISA Woodsat, satelit pertama dunia diperbuat daripada kayu akan dilancarkan.
Woodsat diilhamkan oleh Jari Makinen seorang saintis Finland. Projek dihasilkan bagi melihat sama ada kayu boleh digunakan sebagai bahan binaan yang lebih mesra alam di masa hadapan. Umum diketahui terdapat sekitar 128 juta puing-puing angkasa lepas yang terapung di ruang angkasa bumi. Ia adalah dari jenis CubeSat sebesar 10x10x10 cm.
Wooodsat diperbuat daripada kayu pokok birch yang telah diproses bagi membuang kesemua lembapan. Lembapan ini akan menyebabkan kerosakan apabila berada di angkasa lepas. Hanya komponen dalaman dan kayu selfie dengan kamera Woodsat tidak diperbuat daripada logam.
Sekiranya semua berjalan lancar, Woodsat akan dilancarkan menggunakan roket Proton milik Agensi Angka Lepas Eropah (ESA) pada penghujung 2021.
Sumber ESA