Twitter Sedang Menguji Ciri Unmention Untuk Mengelakkan Diri Dimasukkan Dalam Perbualan

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Buli siber ialah isu besar yang hangat dibincangkan di pelbagai platform media sosial. Ia menyebabkan ramai selebriti dan ahli sukan menggesa platform media sosial melihatnya sebagai isu serius kerana turut melibatkan cacian dalam bentuk perkauman. Bagi pengguna Twitter, ciri untuk mengelakkan diri dari menjadi bahan bualan sedang dibangunkan.

Ciri Unmention ini membolehkan diri anda dari terus dimasukkan ke dalam dalam perbualan. Ciri Unmention ini akan ditawarkan di bawah ciapan yang dihantar tetapi penghantar ciapan asal tidak akan mengetahui jika ia digunakan. Pada waktu ini ciri masih lagi di peringkat konsep dan didedahkan oleh Dominic Camozzi yang merupakan pereka privasi di Twitter.

Pada hemat kami ia amat berguna dalam situasi di mana diri dimasukkan dalam perbualan dan kemudian ia menjadi bebenang yang panjang. Anda mungkin tidak mahu terus menerima notifikasi dari bebenang tersebut dan ini ialah ciri yang boleh digunakan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami