Arab Saudi akan mula mengharamkan individu yang belum divaksin dari pusat membeli belah bermula 1 Ogos hadapan. Keputusan diambil bagi membantu mengekang penularan wabak yang setakat ini telah mengorbankan lebih 7500 nyawa di negara tersebut.
Hanya mereka yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau vaksin lengkap akan dibenarkan ke pusat membeli belah. Pelepasan diberikan kepada individu berumur bawah 18 tahun dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan untuk menerima suntikan. Setakat ini Arab Saudi telah memberikan suntikan vaksin ke hampir 16 juta dari 34.27 juta penduduk negara tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, musim Haji tahun 2021 juga hanya dibuka kepada 60,000 penduduk Arab Saudi dengan jemaah dari luar negara tidak dibenarkan. Idea mengekang pergerakan individu yang enggan divaksin juga pernah dipertimbangkan kerajaan Malaysia tetapi tidak diketahui sama ada akan diteruskan ataupun tidak.
Sumber Arab News