Carian
Teknologi LPDDR5 uMCP Samsung Memberikan Prestasi Mercu Pada Peranti Mampu Milik
June 15, 2021 Effi Saharudin

Samsung hari ini mengumumkan pengeluaran cip terkini mereka LPDDR5 uMCP. Cip memori pantas ini turut menggabungkan storan UFS 3.1 NAND dalam satu pakej sistem yang lengkap tetapi lebih mampu milik. Ini membolehkan ia digunakan bukan sahaja pada peranti mercu tetapi juga pada peranti kelas pertengahan.

Selama ini teknologi RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1 hanya ditawarkan pada peranti kelas mercu kerana kosnya yang tinggi. Menurut Samsung LPDDR5 uMCP peningkatan prestasi memori sehingga 50% dan peningkatan storan NAND sehingga 200% ditawarkan berbanding LPDDR4x dan UFS 2.2.

Penghantaran data sehingga 25GB/s pada DRAM dan 3GB/s pada storan boleh dinikmati menerusi cip LPDDR5 uMCP. Samsung akan memberikan pilihan RAM di antara 6-12GB dan storan bulan di antara 128-512GB. Pengeluaran baru dilakukan tetapi LPDDR5 uMCP telahpun diuji oleh beberapa syarikat pengeluar telefon global.

Sumber Samsung

Komen