Cari @ Amanz

Realme GT 5G sebelum ini telah dilancarkan di China sekitar bulan Mac yang lalu. Terkini, peranti pintar ini telah diumumkan secara rasmi untuk pasaran global pula. Ia juga merupakan peranti pintar yang memfokuskan kepada penawaran spesfikasi berprestasi tinggi menerusi janaan cip Snapdragon 888.

Untuk spesifikasi khusus, Realme GT 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.43-inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5), storan dalaman 256GB (UFS 3.1) dan bateri sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan 65W SuperDart Charge.

Realme GT 5G turut mempunyai sistem tri-kamera di belakang dengan sensor utama 64-Megapixel (Sony IMX682) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro). Kamera turut menyokong sejumlah fungsi menarik seperti pilihan penuras baharu, ciri Pure RAW yang bantu meminimakan hingar dan Ultra Nightscape 2.0 Video. Kemudian, kamera hadapannya pula sebesar 16-Megapixel yang diletakkan pada lubang skrin peranti untuk tangkapan gambar swafoto atau panggilan video.

Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, sambungan port USB-C, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, Android 12 Beta dan lain-lain. Realme GT 5G turut menampilkan pilihan kemasan berasaskan kaca dengan dua warna iaitu Dashing Blue dan Dashing Silver. Seterusnya, kemasan berasas berasaskan kulit bewarna Racing Yellow.

Untuk harga jualan, Realme GT 5G boleh didapati pada harga serendah €369 (~RM1,841) untuk versi asas iaitu 8GB + 128GB. Sementara itu, Realme GT dengan varian 12GB + 256GB pula ditawarkan pada harga serendah €499 (~RM2,487).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd