Cari @ Amanz

Nokia menjual telefon mudah alih ke 1 bilion mereka pada tahun 2005. Empayar mereka dibina di atas telefon mudah alih asas dan walaupun 16 tahun telah berlalu, penjualan feature phone masih ditawarkan. Hari ini Nokia 110 4G dan Nokia 105 4G telah diumumkan menambah dua lagi portfolio telefon asas mereka.

Nokia 110 4G dilengkapi skrin 1.8″ QQVGA, pemproses Unisoc T107, memori 128MB, storan 48MB dan bateri 1020 mAh yang dicas menggunakan port mikro USB. Dengan sekali caj peranti boleh bertahan sehingga 18 hari.Terdapat kamera di bahagia belakang tetap saiz sensor tidak diketahui. Turut disertakan ialah bicu audio 3.5 mm, lampu suluh dan radio FM terbina.

Nokia 105 4G dilengkapi skrin 1.8″ QQVGA, pemproses Unisoc T107, memori 128MB, storan 48MB dan bateri 1020 mAh yang dicas menggunakan port mikro USB. Dengan sekali caj peranti boleh bertahan sehingga 18 hari. Turut disertakan ialah bicu audio 3.5 mm, lampu suluh dan radio FM terbina. Berbeza dengan 110 4G, 105 4G tidak dilengkapi sebarang kamera.

Sistem operasi yang digunakan ialah Series 30+. Sokongan dwi-SIM bersazi nano turut disertakan. Pada waktu ini masih tiada pengumuman mengenai harga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd