Cari @ Amanz

Sekian lama menjadi tanda tanya, Realme akhirnya berkongsi maklumat lanjut mengenai tablet dan komputer riba mereka pada acara hari ini. Melaluinya, Realme mengesahkan nama rasmi untuk komputer riba mereka adalah Realme Book. Sementara itu, tablet kelurannya pula dikenali sebagai Realme Pad.

Kalau perasan, imej acah yang dipertontonkan adalah sama seperti imej tertiris yang dikongsi oleh Android Authority sebelum ini. Jelas kelihatan, Realme Book akan menampilkan rekaan yang nipis. Sementara itu, Realme Pad pula berkemungkinan hadir hadir dalam kemasan logam dan sokongan sehingga dua atau lebih untuk kameranya.

Buat masa ini, Realme hanya sekadar mengacah dan komputer riba yang ditunjukkan sebentar tadi masih lagi diperingkat prototaip. Realme turut meminta para pengguna untuk bersama berkongsi idea menarik dalam usaha untuk menghasilkan komputer riba yang baik. Realme memaklumkan bahawa mereka dijangka membuat pengumuman mengenai kedua-dua produk ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd