Windows 11 Tertiris Memperlihatkan Rekaan Antaramuka Baharu, Ikon Taskbar Di Tengah, Menu Start Baru

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sedia menjadualkan pengenalan sistem operasi generasi baharu mereka secara rasminya pada minggu hadapan. Namun, seperti biasa, fail pembangunan Windows 11 kini dilihat tertiris ke arena web, dan memperlihatkan sejumlah ciri yang bakal disertakan.

Windows 11 yang tertiris ini memperlihatkan (melalui Neowin) rekaan antaramuka yang lebih kemas, selain menu Start yang diberikan nafas baharu. Sejumlah elemen dilihat hadir daripada Windows 10X yang dibatalkan sebelum ini.

Pada bahagian menu bawah, kini Microsoft memberikan pilihan sama ada inginkan paparan ikon pada bahagian tepi kiri seperti biasa, atau turut memposisikannya pada bahagian tengah.

Disamping itu, pengguna masih boleh mengakses kepada notifikasi pada bahagian tepi – seperti di Windows 10 sedia ada. Microsoft turut dijangka membawa widget kembali ke Windows 11.

Dalam memudahkan penggunaan aplikasi dan perisian, Windows 11 turut dilihat akan menyertakan ciri snap tetingkap ke kiri atau kanan, dan sebagainya.

Buat masa ini, info yang hadir adalah berdasarkan kepada fail Windows 11 yang tertiris ke arena web. Microsoft bakal mengadakan acara rasmi pada minggu hadapan, dimana pelbagai fungsi baharu dijangka diumumkan pada acara berkenaan.

Sama-sama kita nantikan 24 Jun 2021 untuk mendengar lanjut berkenaan Windows 11 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami