Cari @ Amanz

Google kini mengaktifkan penyulitan hujung-ke-hujung pada aplikasi Messages untuk semua pengguna. Sejak November tahun lalu, ciri ini hanya diuji pada peringkat Beta dalam jumlah yang kecil.

Apabila kedua-dua pengguna menghantar mesej yang telah menjalani proses penyulitan, ikon manga akan kelihatan pada bebenang perbualan. Ciri ini hanya aktif sekiranya kedua-dua pengguna mempunyai sambungan data dan WiFi yang aktif. Sekiranya tidak mesej tidak akan dihantar sehinggalah capaian Internet kembali bertaut. Perbualan dengan penyulitan hujung-ke-hujung hanyalah di antara dua pengguna tetap tidak untuk mesej berkumpulan pada waktu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd