Pasaran Tablet Berkembang Positif Pada Suku Pertama 2021 – Kesan Daripada Pandemik

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tablet kini telah menjadi salah satu peranti yang dicari ramai dalam menggunakannya sebagai bahan bantu belajar. Hal ini adalah disebabkan oleh keperluan belajar dari rumah, dan tablet menjadi salah satu peranti yang membantu memberikan pengalaman belajar baik – berbanding telefon yang berskrin kecil, atau komputer riba yang terlalu mahal.

Mengikut data Counterpoint Research, pasaran tablet dilihat berkembang sekitar 53% berbanding tempoh sama pada 2020 yang lepas.

Apple dan Samsung dilihat terus mengukuhkan kedudukan dalam arena tablet, dimana Apple memegang 37% pasaran tablet, dan diikuti oleh Samsung sebanyak 20%. Gabungan kedua-dua jenama ini turut memperlihatkan pegangan majoriti pada pasaran tablet suku tahun pertama 2021 lepas.

Pengeluar lain turut mempunyai pegangan yang tinggi, termasuk Amazon dan Lenovo, sementara Huawei dilihat kehilangan pegangan pasaran daripada 2020 ke 2021.

Dengan lebih banyak negara yang telah memulakan kehidupan seperti biasa, kita mungkin akan melihat trend penurunan dalam arena tablet pada suku-suku akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami