Arus Oil Dan Cult Creative Memenangi Program Alpha Startups Digital Accelerator (ASDA) 2021

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menutup tirai program untuk tahun ini, dua pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan dalam Program Alpha Startups 1337 Ventures kini diumumkan. Ketika acara kemuncak, Demo Day yang berlangsung pada penghujung Mei lalu menyaksikan pasukan Arus Oil dan Cult Creative telah berjaya menarik perhatian para juri profesional. Seterusnya, kedua-duanya dinobatkan sebagai pemenang untuk program berkenaan.

1337 Ventures dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pasukan berjaya memikat hati para juri dengan persembahan idea hebat dan startegi pertumbuhan yang mantap. Para juri juga menyifatkan kedua-dua pasukan berjaya menyampaikan idea mereka dengan baik sepanjang sesi perbentangan tersebut. Malah, setiap satu daripadanya benar-benar dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Dalam pada itu, salah seorang juri turut menunjukkan minat mendalam terdapat beberapa produk yang dipersembahkan oleh syarikat startup yang mengambil bahagian. Pada masa sama, pujian turut diberikan kepada pihak penganjur dan para peserta yang mengambil bahagian dalam program tahun ini kesemuanya baik-baik belaka dengan idea yang pelbagai. Antara syarikat startup yang lain telah membuat pembentangan setelah disenarai pendek termasuklah :

  • Altum
  • EjenKita
  • GoGerak
  • Hawkr
  • OtoFacts
  • SparkFit
  • Supageneous
  • TrinityEco
  • Usku Technologies

Dalam perkembangan berbeza, 1337 Ventures turut memaklumkan bahawa mereka sedang mencari syarikat startup di bawah sektor FinTech dan InsurTech untuk program akan datang. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi kemudian. Untuk sebarang maklumat berkaitan program anjuran 1337 Ventures, anda boleh menyemaknya menerusi laman Facebook rasmi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami