Canon Melancarkan Mesin Pencetak MAXIFY Dengan Dakwat Pigmen Kalis Air

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apa yang kami sedari sejak PKP sehingga terpaksa bekerja dari rumah ialah sukarnya hidup tanpa mesin pencetak. Dahulu ia dilakukan di pejabat tetapi bila pejabat tutup, kami terpaksa menggunakan perkhidmatan kedai mencetak yang mendedahkan kami kepada wabak apabila keluar. Canon hari ini melancarkan dua mesin pencetak hibrid terkini mereka di Malaysia dengan teknologi dakwat pigmen yang kalis air.

Dua model yang ditawarkan ialah Canon MAXIFY GX7070 dan Canon MAXIFY GX6070. Menurut Canon, teknologi dakwat pigmen bukan sahaja menghasilkan dokumen yang kalis air tetapi juga kalis lumur selepas dicetak. MAXIFY GX7070 turut boleh berfungsi sebagai mesin pengimbas, fotostat dan fax sementara MAXIFY GX6070 sebagai mesin pengimbas dan fotostat.

Menerusi mod ekonomi, kedua-dua mesin boleh mencetak sehingga 9000 keping dokumen monokrom dan sehingga 21,000 dokumen berwarna. MAXIFY GX7070 mampu menyimpan 600 keping kertas manakala MAXIFY GX6070 pula 350 keping kertas.

Kedua-dua mesin pencetak menyasarkan penggunaan di pejabat. Di Malaysia Canon MAXIFY GX7070 dijual pada harga RM2699 manakala Canon MAXIFY GX6070 pada harga RM2299.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami