TM Memuji Dan Menyokong Pelan Pemulihan 4 Fasa Oleh Kerajaan

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia kini memuji dan menyokong pengumuman pihak kerajaan berkenaan dengan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan strategi peralihan keluar empat fasa dalam mengatasi kesan sosio-ekonomi pandemik Covid-19.

Pada masa yang sama, TM turut menyokong pelan pemulihan yang dirangka berasaskan kepada jumlah kes harian yang dilaporkan, keupayaan sistem kesihatan perubatan (ICU) dan kadar vaksinasi nasional.

Komen ini hadir daripada TM, selari pengumuman Perdana Menteri semalam berkenaan empat fasa yang akan  dilakukan sepanjang tahun ini – sekaligus membuka aktiviti ekonomi dan sosial secara berperingkat.

Dalam waktu yang sama, TM turut mengatakan mereka juga melaksanakan usaha menggalakkan vaksinasi di peringkat dalaman dan setakat ini, 65% daripada Warga TM telah mendaftar.

TM juga turut mengatakan pusat khidmat pelanggan TM tetap dibuka seperti biasa, disamping aktiviti pemasangan dan baik-pulih perkhidmatan berjalan seperti biasa untuk para pelanggan dengan mematuhi SOP.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami