Perjanjian Gabungan Celcom-Digi Dijangka Dimuktamadkan Dalam Bulan Ini

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Axiata dan Telenor sebelum ini telah mengumumkan hasrat untuk mengabungkan kedua-dua syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi dibawah satu entiti, Celcom Digi Berhad.

Kini, lanjutan daripadanya, Axiata dan Telenor dijangka akan memuktamadkan perjanjian kedua-dua syarikat berkenaan penggabungan dalam masa beberapa hari atau minggu lagi.

Celcom-Digi Gabung

Mengikut pengumuman sebelum ini, kedua-dua syarikat menyasarkan ia diselesaikan sebelum suku kedua 2021 berakhir – iaitu sebelum 30 Jun 2021.

Sekiranya semua berjalan lancar, selepas perjanjian dimuktamadkan, mereka akan menghantar permohonan penggabungan kepada pihak SKMM untuk kelulusan.

Kelulusan daripada pihak SKMM akan mengambil sedikit masa yang lama – iaitu sehingga sembilan bulan lamanya.

Gabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini dijangka akan menjadikan mereka syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, sekaligus menjimatkan kos operasi, dan meningkatkan lagi pendapatan dan keuntungan – selaras dengan pengenalan rangkaian 5G tidak lama lagi yang dijangka akan menggunakan kos tambahan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami