Carian
Spotify Memperkenalkan Greenroom, Aplikasi Perbualan Digital Mirip Clubhouse Dan Twitter Spaces
June 16, 2021 Nazrin

Beberapa bulan yang lalu, kami ada melaporkan bahawa Spotify telah mengambil-alih syarikat pembangun aplikasi Betty Labs yang membangunkan aplikasi podcast masa nyata Locker Room pada bulan Mac yang lepas.

Jangkaan ramai ialah pengambilalihan ini adalah untuk membangunkan sebuah aplikasi berbual digital untuk menandingi Clubhouse dan juga perkhidmatan media sosial seperti Twitter dan Facebook yang juga dilihat hadir dengan penawaran mereka sendiri.

Terkini, Spotify telahpun mengesahkan kehadiran aplikasi baru mereka yang dinamakan Greenroom, yang akan menggantikan aplikasi Locker Room sebelum ini. Spotify juga telah mengembangkan sayap Greenroom dengan membolehkannya digunakan untuk apa-apa sahaja topik, dari sukan, berita semasa, muzik, borak-borak santai dan sebagainya.

Dengan penjenamaan semula ini, Greenroom akan boleh digunakan oleh lebih dari 365 juta pengguna Spotify sedia ada, dimana pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi ini melalui gedung aplikasi Apple App Store dan Google Play Store, dan melog masuk menggunakan akaun Spotify sedia-ada.

Komen