HUAWEI MatePad Pro – Produktiviti Kini Lebih Harmoni

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengumuman baru Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan rancangan untuk pulih dari situasi pandemik kini bakal memerlukan kita bekerja dari rumah dengan lebih kerap lagi. Kerja dari rumah kini menjadi norma baharu, dan ada keperluan untuk memilik peranti bersesuaian dengan tugasan seharian.

HUAWEI baru sahaja melancarkan HUAWEI MatePad Pro dan lebih menarik lagi, tablet ini dikuasakan sistem operasi HarmonyOS yang membawakan pelbagai fungsi yang menarik dan bakal menambah produktiviti pengguna baik pengguna professional mahupun pengguna seni kreatif.

Berikut merupakan sebab-musabab yang anda boleh berikan kepada bos anda, kenapa bos anda perlu membelikan HUAWEI MatePad Pro untuk kerja di rumah. 

Kualiti Video & Audio Yang Tinggi

Apabila berkata mengenai tablet, salah satu perkara yang paling utama adalah paparan skrinnya yang perlu besar yang boleh memberikan lebih ruang kerja, baik sebagai skrin sahaja, atau sebagai tempat lakaran sesuai namanya sebagai tablet.

HUAWEI MatePad Pro mempunyai paparan FullView HUAWEI OLED bersaiz 12.6-inci yang boleh dikatakan besar dan selesa bagi mereka untuk bekerja. Ini disempurnakan lagi dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% dan bahagian bingkai tepi yang nipis, senipis 5.6mm. Bingkai yang senipis ini tidak akan mengganggu pengalaman penggunaan, dimana pengguna akan berasakan seolah-olah tablet yang tanpa bingkai. 

Paparan FullView HUAWEI OLED ini juga disempurnakan dengan resolusi 2.5K QHD 2560 x 1600 dengan warna gamut DCI-P3 bertaraf sinema. Penarafan DCI-P3 ini memberikan pengalaman menonton filem dan video pada warna menepati kualiti sinema yang membuatkan gambar tersebut lebih tepat dengan dunia nyata, seolah membuatkan ia hidup. 

Sebagai tablet yang memfokuskan produktiviti, atau jika anda memilikinya untuk berhibur, anda pastinya akan menggunakan tablet ini dengan lebih lama namun ia dilengkapi perlindungan dari cahaya biru yang boleh membuatkan mata anda merengsa. Perlindungan ini juga mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display 2.0 yang sekaligus boleh membuatkan anda menarik nafas lega sekiranya bos anda menyuruh anda bekerja lebih masa. 

Melengkapkan kualiti video yang hebat adalah 8 pembesar suara yang telah ditala oleh Harman Kardon, membolehkan kualiti audio yang hebat dialunkan kepada pengguna. Semua tahu akan kualiti audio yang dibawakan oleh Harman Kardon, memberikan bunyi yang jelas dan nyata baik pada frekuensi yang tinggi atau rendah, dengan kepersisan audio yang tepat, menenggelamkan anda pada setiap saat. 

Integrasi Antara Peranti Yang Sangat Harmoni

Di antara komputer dan telefon pintar, tablet boleh dikatakan sebagai peranti ketiga yang dimiliki setiap insan. Hadirnya melengkapkan, ketiadannya tidak menjadi beban masalah namun apabila kita bercakap mengenai tablet, ia seharusnya dapat berkomunikasi antara dua platform sebegini dan HUAWEI MatePad Pro dengan HarmonyOS membuatkan kesemua peranti ini harmoni bekerjasama antara satu sasma lain.

Terdapat tiga mod integrasi yang dibawakan oleh HUAWEI Share pada tablet ini iaitu Mirror Mode, Extend Mode dan juga Collaborate Mode.

Mirror Mode: Pada mod ini, anda boleh menghubungkan komputer riba kepada HUAWEI MatePad Pro, dan tablet ini akan menjadi tempat lukisan mahupun lakaran. Sebarang tulisan tangan dan lukisan menggunakan M-Pencil akan terus disimpan pada laptop anda. 

Jadi sekiranya anda seorang cikgu, atau pelukis, mahupun pekerja kreatif, sekiranya terdapat sebarang komen dan suntingan terhadap sesuatu karya, atau anda ingin menanda kertas latihan secara digital, hanya hidupkan mod ini, dan lakukan kerja anda. Sangat mudah.

Extend Mode: Kadangkala apabila bekerja, anda mungkin memerlukan paparan kedua apabila paparan utama anda tidak mencukupi. Menerusi mod ini, anda boleh melakukan tele-sidang pada komputer utama anda, kemudian meletakkan aplikasi nota atau dokumen berlainan di MatePad. Ini sekaligus tidak mengganggu telesidang anda, kerana anda mempunyai paparan kedua. 

Collaborate Mode: Meskipun terdapat perbezaan sistem operasi, mod ini membolehkan anda melakukan perkongsian peranti input dan dokumen dengan mudah diantara kedua-dua peranti, dan kedua-dua skrin.  Dengan kata lain, anda masih boleh menggunakan papan kekunci dan tetikus pada komputer riba anda, untuk mengawal HUAWEI MatePad Pro. Perkongsian peranti sebegini bukan sahaja menjimatkan, malah memudahkan kerja anda seharian.

Kepantasan & Kekuatan Menjadi Keutamaan

Peranti yang baik akan memberikan lebih nilai kepada pengguna dan bagi merealisasikan ini, HUAWEI menyertakan cip Kirin 9000E pada HUAWEI MatePad Pro. Cip yang berkuasa ini tidak terdapat pada telefon pintar, dan mampu melaksanakan tugas-tugas rumit yang menjadi keperluan pekerjaan seharian. 

Ia juga dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB ROM yang sangat mencukupi untuk menjalankan multi-tugasan serentak, disamping ruangan storan yang mampu menyimpan pelbagai aplikasi dan juga data. Dan banyak aplikasi yang boleh dimuat-turun menerusi HUAWEI AppGallery seperti Asphalt 9, Garena Free Fire, Lords Mobile, SlamDunk, dan pelbagai lagi. 

Melengkapi prestasi dan spesifikasi terbaik adalah bateri berkapasiti tinggi untuk penggunaan yang lebih lama. HUAWEI MatePad Pro dilengkapi bateri 10,050 mAh dan menyokong pengecasan pantas HUAWEI Supercharge 40W jadi anda sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasan anda dimana jua anda berada. 

HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua Menyerlahkan Potensi Kreativiti

Tablet tanpa stylus adalah ibarat lagu tanpa irama. Tablet seharusnya didatangkan dengan stylus yang bukan sekadar canggih, malah memberikan kejituan dan kepersisan lakaran.

Ia hadir dengan rekaan hujung mata lutsinar, dengan hulu ‘pensel’ yang disadur platinum dan hadir pada bentuk heksagon, memberikan keselesaan sewaktu memegangnya. Bagi menjamin kepersisan dan kejituan lakaran, pensel ini mempunyai 4,096 tahap tekanan dan turut menyokong lakaran secara condong, membolehkan setiap pergerakan, seretan, liuk-lentuk pensil menari dapat dikesan dan dilakarkan secara digital, dan dengan kadar pendam 9ms yang tidak akan dirasa oleh pengguna. 

HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua ini juga menyokong HUAWEI FreeScript yang membolehkan pengguna menulis secara terus pada bar carian bagi melakukan carian. Pengguna tidak perlu menaip untuk sebarang input maklumat sebegini. Ini sekaligus menjimatkan masa dan menambah pengalaman penggunaan yang lebih baik, sesuai dengan tabiat penggunaannya sebagai tablet. 

Selain dari itu, HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua ini juga menyokong dwi-sentuh (Double Tap) bagi menukar alatan. Sama seperti kebanyakan stylus, sekiranya anda sedang menulis atau melukis, dan berhasrat ingin menggunakan peralatan lain, contohnya pemadam, hanya sentuh dua kali pada pensel ini untuk menukarkan alatan. Malah anda juga boleh menambah fungsi lain seperti Instant Shape yang akan mencipta bentuk secara pantas, atau Instant Table bagi mencipta jadual rajah. Sangat memudahkan. 

Harga RM 3,999 dan hadir dengan aksesori yang melengkapkan

HUAWEI MatePad Pro yang dijual pada harga RM 3,999 ini akan tersedia di kedai rasmi atas talian HUAWEI Online Store, disamping Lazada dan juga Shopee. Dan HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua bukanlah satu-satunya aksesori yang melengkapkan HUAWEI MatePad Pro. Terdapat lagi papan kekunci magnetik dan hadiah percuma bernilai RM 1,248 yang akan diberikan kepada pengguna dalam tempoh terhad ini sementara stok masih ada.

Aksesori dan perkhidmatan yang akan diberikan termasuklah HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, 3 bulan langganan 50GB HUAWEI Cloud Storage dan 1 bulan langganan HUAWEI Video VIP Access.

Promosi Pembelian dengan Pembelian HUAWEI Care

Dan untuk tempoh terhad dari 10 Jun hingga 10 Julai, anda boleh memanjangkan jangkahayat jaminan untuk peranti ini dengan tambahan setahun dari jaminan asal dan juga diskaun sehingga 40% sekiranya anda membeli peranti baharu menerusi HUAWEI Online Store. 

Promosi HUAWEI AppGallery

Untuk masa terhad sehingga 31 Julai 2021, anda berpeluang untuk memenangi hadiah misteri apabila memuat-turun aplikasi dari HUAWEI AppGallery. Untuk setiap langganan HUAWEI Video+ Unlimited Pass, anda berpeluang untuk memenangi HUAWEI P40 Pro, HUAWEI Band 4, baucar Touch n’ Go, TVOD Movie Pass dan juga Star Points.

Dan dengan pembelian HUAWEI MatePad Pro, hadiah istimewa untuk anda termasuklah 1 bulan percuma UNLIMITED PASS dan 6x TVOD Pass, serta langganan 3 bulan 50GB HUAWEI Cloud Storage. Promosi ini bermula 18 Jun sehingga 18 September 2021.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan HUAWEI MatePad Pro hari ini juga. 

Beli HUAWEI MatePad Pro: Di HUAWEI Online Store, Shopee, Lazada

Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami