Cari @ Amanz

Facebook baru-baru ini memperkenalkan Admin Home, iaitu alatan baharu untuk pentadbir lebih mudah menguruskan Facebook Group. Melaluinya pentadbir boleh akses banyak ciri dan fungsi secara di satu tempat, seperti mengawal siaran, menyemak apa yang ahli laporkan, mengubah susun atur untuk akses pantas kepada alatan yang lebih penting, dan banyak lagi.

Pentadbir kini lebih mudah mengehadkan akses ahli seperti kelayakan menyertai Facebook Group dari segi berapa lama aktif di Facebook atau mereka ada melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir ataupun tidak. Selain daripada kerap membuang komen yang tidak diingini, ahli boleh dihalang daripada melakukan komen, menyebarkan promosi secara spam, da banyak lagi. Ia dikategorikan sebagai Admin Assist, di mana ia adalah satu sistem automatik untuk membantu pentadbir.

Lebih menarik, amaran konflik turut diperkenalkan untuk menghentikan perbualan atau komen-komen toksik pada sesuatu siaran. Pentadbir juga boleh menetapkan had, berapa banyak komen seseorang ahli boleh lakukan. Facebook turut hadir dengan rumusan ahli untuk melihat latar belakang dan sejarah aktiviti mereka seperti pernah ditendang daripada Group lain, pernah disenyapkan atau masalah lain.

Di dalam komen, peraturan Group turut boleh ditag untuk lebih mudah semua ahli faham apa yang patut dan tidak patut mereka lakukan. Facebook turut menawarkan beberapa ciri siaran baharu seperti undian, Post Format Shortcuts, Chats serba baharu, komen yang boleh disemat (pin), pemberitahuan pengumuman daripada pentadbir dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd