AMD Memperkenalkan Kad Grafik Radeon RX 6900XT Dengan Sistem Penyejukan Cecair

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kad grafik dengan penyejukan cecair terbina bukanlah sesuatu yang aneh, tetapi ia jarang dilakukan oleh jenama asas kad grafik itu sendir. AMD baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan sebuah model kad grafik AMD Radeon RX 6900XT yang hadir dengan sistem penyejukan cecair mereka sendiri.

Dari segi spesifikasi dalaman, kad grafik ini dilengkapi dengan komponen-komponen yang sama seperti kad grafik AMD Radeon 6900XT yang biasa, cuma perbezaannya ialah ia mempunyai kelajuan boost clock 2435MHz, sekitar 200MHz lebih pantas berbanding dengan apa yang ditawarkan melalui model asas.

Kad grafik ini juga dilengkapi dengan sebuah radiator dan kipas yang mengandungi penyejuk cecair bersaiz 120mm yang boleh dimuatkan di bahagian belakang komputer. AMD mengatakan bahawa dengan kad grafik ini, pengguna boleh menggerakkan permainan-permainan moden pada resolusi 4K dan tetapan tinggi tanpa begitu banyak masalah.

Sayangnya, bagi mereka yang mahu memiliki kad grafik ini, AMD turut mengatakan bahawa ia hanya akan dijual melalui pembangun PC siap-pasang seperti Acer, ASUS, Dell dan sebagainya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami