Maybank2U Dan ATM Maybank Tidak Akan Beroperasi Sehingga 10 Pagi Pada 19 Jun – Disebabkan Penyelenggaraan
Amy Maizuraa
Bagi pengguna Maybank, gangguan untuk sejumlah perkhidmatan akan berlaku pada hari Sabtu ini – iaitu 19 Jun 2021. Gangguan ini akan melibatkan beberapa perkhidmatan seperti Maybank2u dan perbankan mudah alih yang mana tidak akan beroperasi dari jam 3.30 pagi hingga 10 pagi bagi melakukan penyelenggaraan sistem. Seterusnya, perkhidmatan ATM dan terminal layan diri (SSTs) pula akan mula beroperasi pada jam 10 pagi dan bukannya jam 6 pagi pada hari tersebut.

Pihak Maybank memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai gangguan ini, boleh menghubungi Maybank menerusi khidmat pelanggan kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghantar mesej di laman rasmi Maybank.
Sumber : Maybank