Telegram Memperkenalkan Rekaan Baharu Untuk Pengguna Versi Web

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular, yang turut boleh dikatakan sebagai sebuah perkhidmatan sosialnya tersendiri. Terbaru, selepas menguji rekaan versi web baharu, Telegram kini telah mula memperkenalkan antaramuka baharu berkenaan kepada semua pengguna.

Pengguna yang kini membuka Telegram versi web, dipaparkan dengan antaramuka baharu – yang dilihat diinspirasikan daripada versi peranti mudah-alih, dan dioptimasikan untuk paparan desktop. Ia menawarkan paparan bersaiz lebih besar, dan turut hadir dengan pilihan mod gelap.

Ia juga kini menawarkan sokongan pelekat animasi, disamping kebolehan membuat folder dalam menguruskan perbualan dan permesejan anda dengan lebih baik.

Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, boleh ke laman Telegram web, dan melihat versi baharu ini sendiri. Pengguna juga boleh memilih untuk mengubah ia ke pilihan lain, atau kembali ke pilihan klasik lama.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami