Cari @ Amanz

Tamagotchi merupakan salah satu permainan yang popular suatu ketika dahulu, dimana ia hadir dalam sebuah bentuk peranti bersaiz kecil, dan pengguna boleh membela peliharaan siber mereka tersendiri melaluinya.

Ia telah diperkenalkan pada 1996 yang lepas, dan tahun ini mencatatkan ulang-tahun ke-25 sejak ia diiperkenalkan.

Bersempena dengannya, kini Bandai memperkenalkan Tamagotchi Smart – Tamagotchi dalam bentuk sebuah jam tangan pintar.

Tamagotchi Smart

Tamagotchi Smart ini menyasarkan pengguna kanak-kanak, dan hadir dengan sokongan input berasaskan suara, termasuk sokongan skrin sentuh. Pengguna boleh membela peliharaan siber mereka tersendiri.

Disamping itu, Tamagotchi Smart turut menawarkan skrin paparan waktu, dan menyertakan sensor untuk menjejak langkah perjalanan, selain mendengar lagu melaluinya.

Menariknya juga, Ia menyertakan TamaSmaCard yang membolehkan pengguna menaik-taraf dan memuat-turun pelbagai kandungan tambahan ke Tamagotchi Smart.

Buat masa ini, Tamagotchi Smart ini hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd