Microsoft Turut Dijangka Hadir Dengan Windows 11 SE – Versi Yang Mengehadkan Beberapa Ciri-Ciri

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sedia menjadualkan sebuah acara khas pada minggu depan dalam berkongsi berkenaan Windows generasi baharu. Selari dengannya, Windows 11 tertiris ke arena web pada minggu ini, dan sejumlah maklumat lanjut berkaitan dengannya turut mula tertiris.

Terbaru, ia dilihat Microsoft juga akan menyediakan salah satu variasi dibawah Windows 11, dinamakan sebagai Windows 11 SE.

Windows 11 SE ini dilihat akan menawarkan pengalaman penggunaan sistem operasi Windows 11, tetapi dengan beberapa ciri yang dihadkan.

Info penuh mengenainya masih tidak diketahui. Spekulasi awal mengatakan ia berkemungkinan adalah penambah-baikkan Windows 10 S-Mode sebelum ini – dan mungkin lebih ditujukan untuk pelajar mahupun perusahaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk mengetahui lanjut berkenaan Windows 11 SE ini secara rasminya daripada Microsoft.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami