Bangunan 10 Tingkat Dibina Dalam Masa 29 Jam Sahaja Di China

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Proses membina bangunan biasanya mengambil masa beberapa bulan. Jika nasib tidak menyebelahi pembeli, projek terbengkalai bertahun lamanya sebelum kediaman dapat diduduki. Di China, BROAD Group telah menunjukkan kemampuan mereka membina sebuah bangunan 10 tingkat dalam masa 28 jam 45 minit sahaja.

Teknik pembinaan pasang siap digunakan untuk mempercepatkan proses pembinaan. Menurut BROAD Group sistem mereka tahan gempa bumi serta taufan dan turut boleh digunakan untuk membina bangunan sehingga 100 tingkat.

Setiap modul dengan bingkai besi mempunyai saiz yang sama dengan sebuah kontena bagi memudahkan ia dihantar ke tapak pembinaan. Apabila siap, setiap unit rumah mempunyai keluasan lantai 2884 kaki persegi dengan kos pembinaan keseluruhan bangunan hanya $2.948 juta(~RM 12.21 juta) tanpa mengira kos pengangkutan.

Setibanya di tapak pembinaan, modul disambung dan disusun seperti bongkah Lego. Pekerja hanya perlu mengetatkan skru, menyambung paip air dan bekalan elektrik sahaja. BROAD Group telah membangunkan teknologi rumah modular pasang siap sejak 2009.

Sumber New Atlas dan Treehugger

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami