Kelak Ekranoplan Berkuasa Elektrik Akan Membawa Penumpang Merentasi Selat Inggeris

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ekranoplan ialah kenderaan dua alam yang beroperasi beberapa kaki dari aras laut tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai kapal terbang dan ia juga bukan sebuah bot. Kerana ia bergerak menggunakan kusyen udara, ekranoplan boleh bergerak lebih pantas daripada bot tetapi kos lebih rendah daripada kapal terbang.

Teknologi sudah wujud sejak 1920an sebelum digunakan Kesatuan Soviet untuk sebagai platform melancarkan peluru berpandu pada dekad 60an. Kesemuanya gagal tetapi teknologi ekranoplan kini akan digunakan sebagai kenderaan pengangkut penumpang merentasi Selat Inggeris.

Brittany Ferries yang mengendalikan operasi feri dari UK ke Perancis mengumumkan akan menggunakan ekranoplan Seaglider yang direka oleh firma tunas rintis Regent. Sekiranya berjalan lancar Seaglider akan memulakan operasi seawal 2025.

Setiap Seaglider mampu membawa 150 penumpang dengan kelajuan mencecah 290 km/j. Ini adalah jauh lebih pantas berbanding kelajuan feri yang digunakan sekarang dan memendekkan masa perjalanan sebanyak lima kali ganda.

Setiap Seaglider juga akan menggunakan kuasa bateri untuk menggerakkan lapan kipas elektrik yang digunakan supaya lebih mesra alam. Pembinaan prototaip pertama sedang dilakukan di UK tetapi tarikh ujian pertama belum diumumkan.

Sumber Regent

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami