Cari @ Amanz

Motorola Defy 2021 akhirnya diperkenalkan secara rasmi selepas tertiris dalam beberapa hantaran Evan Blass di Twitter, baru-baru ini. Secara umumnya, Motorola Defy 2021 merupakan sebuah lagi peranti tahan lasak daripada Motorola dengan kerjasama pihak Bullitt Group.

Untuk spesififikasi khusus, Motorola Defy 2021 mempunya skrin berukuran 6.5-inci HD+ yang lengkap dengan Corning Gorilla Glass Victus sebagai pelindung utama. Seterusnya, paparan ini hadir dengan rekaan bertakuk kecil yang menempatkan kamera swafoto sebesar 8-Megapixel. Peranti pintar juga dilengkapi cip Snapdragon 662, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 20W.

Motorola Defy 2021 diiklankan mampu beroperasi dalam suhu yang melampau iaitu sekitar +55°C hingga -25°C. Pada masa sama, pihak Motorola juga menjamin ia mampu menahan hentakan sekiranya jatuh dari ketinggian 1.8 meter dan mempunyai pensijilan MMIL-STD810H. Spesifikasi lain termasuklah – sistem tri-kamera dengan sensor utama 48-Megapixel, ketahanan IP68, Android 11 dan lain-lain. Motorola Defy 2021 dijual pada harga €329 iaitu sekitar ~RM1623.

Sumber : Motorola UK

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd