Google Membuka Kedai Fizikal Kekal Pertama Di New York

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google akhirnya membuka kedai fizikal kekal pertama mereka di New York setelah selama ini hanya melakukannya menggunakan konsep kedai sementara. Google Store dibuka di Chelsea, New York ini akan menjual produk telefon Pixel, fon telinga, skrin Nest, jam tangan Fitbit dan komputer Pixelbook.

Selain itu demo untuk produk-produk lain Google seperti Maps dan Stadia juga dipaparkan di dalam kedai. Menerusi ciri Google Translate, pelawat boleh mendapatkan maklumat mengenai produk yang dipaparkan menggunakan 25 bahasa utama dunia.

Selain itu Google Store juga menawarkan bantuan sebelum pembelian dilakukan serta mendapatkan bantuan sekiranya peranti yang dimiliki mengalami kerosakan. Selari dengan komitmen Google untuk menjadi lebih lestari, Google Store ini melepasi piawaian LEED Platinum. Terdapat juga pameran bagaimana Google mengitar semula bahan seperti plastik yang dijadikan bahan asas produk yang dijual.

Sumber Google

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami