Ini Komen RHB Susulan Insiden Penyata Bank Tersalah Hantar

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, beberapa pengguna telah mengadu yang mana RHB telah menghantar penyata bank yang salah ke akaun mereka, sekaligus menimbulkan kerisauan berkenaan pengurusan data dan sekuriti perkhidmatan perbankan berkenaan.

Lanjutan daripadanya, kini RHB telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

RHB

RHB mengatakan pada 17 Jun 2021, mereka telah mengenal-pasti masalah teknikal pada bahagian rakan kerjasama, melibatkan pengeluaran penyata akaun semasa yang dihantar ke sejumlah pelanggan. 

Disebabkan olehnya, penyata yang silap telah dihantar kepada pengguna. RHB mengatakan masalah teknikal ini dilaporkan melibatkan 0.50% daripada keseluruhan pelanggan runcit RHB di Malaysia.

RHB meminta maaf kepada semua pelanggan yag terlibat. RHB turut mengatakan mereka telah membetulkan kesilapan ini secepat mungkin, dan telah memaklumkan kepada pelanggan terlibat melalui emel dan juga mesej SMS. RHB mengatakan penyata baharu kini sedang dihantar kepada mereka.

RHB turut menekankan yang mana keselamatan data dan sekuriti terus menjadi fokus utama pihak mereka, dan kini sedang melakukan siasatan berkaitan punca utama insiden ini.

Pelanggan yang terlibat boleh menghubungi pihak RHB sekiranya ingin mengetahui lanjut berkaitan penyata mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami