Nusajaya Dan Johor Bahru Mempunyai Antara Purata Muat-Turun Tertinggi Di Malaysia – Mencapai 35.87Mbps

Diterbitkan pada Jun 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Speedtest merupakan salah satu laman yang sering dikunjung ramai dalam menyemak kelajuan internet. Ini sekaligus membolehkan Speedtest mengumpulkan sejumlah data, dan mempersembahkan ia kepada pengguna.

Perkara ini turut membuatkan mereka menerbitkan data untuk setiap suku tahun, dan memperlihatkan perkembangan internet di sesuatu negara.

Melalui data suku ke-3 dan ke-4 untuk 2020 yang lepas, Speedtest memperlihatkan senarai bandar dengan sambungan internet yang pantas di Malaysia. Data dihimpunkan berdasarkan kepada internet pada peranti mudah-alih.

Data untuk Malaysia memmperlihatkan Nusajaya dan Johor Bahru menduduki tangga teratas dengan akses internet terpantas di Malaysia. Masing-masing mencatatkan kelajuan muat-turun 35.87Mbps dan 26.89Mbps secara purata di bandar berkenaan.

Ia seterusnya diikuti oleh Shah Alam, Petaling Jaya, Melaka, Ipoh dan Seremban. Kuala Lumpur menduduki tangga ke-8, dan diikuti oleh Kota Kinabalu pada kedudukan tangga ke-9.

Secara purata, semua bandar dengan kelajuan muat-turun pantas ini mencatatkan kelajuan melangkaui 23Mbps.

Bagi anda sendiri, apakah anda turut menikmati akses internet berkelajuan sedemikian dikawasan anda? Berapakah kelajuan muat-turun yang anda nikmati di kawasan anda?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami