Huawei Watch 3 Menggunakan HarmonyOS Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 25 Jun 2021
June 19, 2021
Huawei
Aman
Huawei kini telah mula mengacah kehadiran jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch 3.
Jam tangan pintar ini hadir menjalankan sistem operasi HarmonyOS terbaru daripada Huawei – yang turut menjalankan pelbagai peranti lain keluaran gergasi China berkenaan.

Jam tangan Huawei Watch 3 hadir dengan rekaan muka jam bulat, dilengkapi sokongan selular eSIM, menawarkan bateri sehingga 5 hari lamanya dan dilengkapi sejumlah ciri-ciri memfokuskan kecergasan dan pemantauan kesihatan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 25 Jun 2021 ini untuk mendengar lanjut berkenaan penawaran Huawei melalui jam tangan pintar mereka ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.