Pada hari ini, disebabkan oleh pembelajaran dan bekerja dari rumah, salah satu perkara yang sering diperlukan adalah keperluan untuk mengimbas dokumen dan menghantar ia kepada pihak berkaitan. Untuk tujuan ini, anda tidak memerlukan sebarang pengimbas, sebaliknya boleh lakukan ia terus menggunakan telefon pintar anda.
Menggunakan Aplikasi Adobe Scan
- Aplikasi ditawarkan untuk iPhone dan Android.
- Perlu lakukan pendaftaran ringkas.
- Imbasan dokumen dilakukan secara automatik.
- Kelebihan – Boleh pilih teks pada dokumen yang diimbas.
- Pengguna boleh berkongsi dokumen yang diimbas dalam bentuk PDF selepas selesai imbasan.
- Muat-Turun Adobe Scan untuk Android
- Muat-Turun Adobe Scan untuk iPhone
Menggunakan Google Drive pada Android
- Sejumlah peranti Android hadir dengan Google Drive secara terbina, selain turut ditawarkan untuk pengguna iPhone.
- Buat imbasan dengan tap pada butang tambah, dan seterusnya memilih Imbas/Scan.
- Tangkap gambar dokumen, dan aplikasi akan menjadikannya dalam bentuk imbasan secara automatik.
- Kongsikan ia dalam bentuk PDF, dan simpannya juga ia di Google Drive untuk rujukan akan datang.
- Muat-Turun Google Drive untuk Android
- Muat-Turun Google Drive untuk iPhone
Menggunakan Aplikasi Terbina iPhone – Notes
- Notes merupakan aplikasi yang hadir terbina pada iPhone.
- Pengguna hanya perlu menggunakan ciri membuat Nota baharu, dan seterusnya memilih imbasan dokumen melalui penambahan gambar.
- Rakamkan gambar, dan boleh laraskan sudut untuk dokumen bagi memastikan hasil rakaman akhir adalah kemas.
- Kekurangan – kaedah melaraskan sudut dokumen agak kurang mesra pengguna kerana sukar melihat sudut dokumen berkenaan.
Menggunakan Aplikasi Google Photoscan
- Penawaran daripada Google untuk iPhone dan Android.
- Pengguna perlu gerakan telefon ke beberapa sudut untuk rakaman yang lebih jelas – lampu Flash akan diaktifkan automatik pada peranti anda.
- Hasil rakaman dikongsikan dalam bentuk gambar, ada penanda logo Photoscan pada hasil perkongsian.
- Muat-Turun Google Photoscan untuk Android
- Muat-Turun Google Photoscan untuk iPhone