Vivo Y12A Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 439 Dan Dwi-Kamera Utama

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo kini memperluaskan lagi rangkaian siri Y untuk pasaran Thailand dan Singapura. Melaluinya, Vivo Y12A telah diperkenalkan. Secara kasarnya, ia menampilkan spesifikasi dan rekaan fizikal yang mirip seperti Vivo Y12s yang dilancarkan di Malaysia tahun lalu. Perbezaannya hanya terletak pada penggunaan cip pemproses – Vivo Y12A menggunakan cip Snapdragon 439.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y12A mempunyai skrin bersaiz 6.51-inci IPS LCD denga resolusi HD+ (720 x 1600 piksel). Selain daripada cip Snapdragon 439, ia juga dipadankan dengan memori 3GB RAM, storan dalama 32GB da bateri 5000mAh. Tetapan kamera terdiri dengan sistem dwi-kamera di belakag dengan sensor utama 13MP + 2MP. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8MP. Vivo Y12A dijual di Thailand pada harga 4,499 Baht iaitu kira-kira ~RM591 untuk seunit.

Sumber : Vivo Thailand

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami