Pelancaran Fon Telinga TWS Nothing Ear 1 Ditunda Ke Tarikh Yang Akan Diumumkan Kelak

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Carl Pei, mantan pengasas One Plus yang meninggalkan syarikat pembuat peranti pintar tersebut untuk membangunkan Nothing baru-baru ini dilihat hadir dengan pengumuman bahawa pelancaran produk pertama syarikat tersebut, iaitu Nothing Ear 1 akan tertunda.

Sebelum ini ia dilaporkan bahawa fon telinga TWS Ear 1 sepatutnya dilancarkan pada bulan ini, akan tetapi oleh kerana ia hanya seminggu sahaja lagi sebelum bulan Julai, Carl Pei nampaknya telah membuat keputusan untuk menunda pelancaran fon telinga tersebut.

Beliau mengatakan bahawa penundaan ini perlu untuk memastikan bahawa Nothing melancarkan sebuah produk yang hadir dengan semua janji-janji yang diperkatakan sebelum ini. Beliau juga mengesahkan bahawa produk Ear 1 ini sudahpun hampir siap, dan beberapa pengesahan akhir perlu dilakukan sebelum ia boleh diperkenalkan ke khalayak umum.

Buat masa ini, tarikh pelancaran baru fon telinga TWS Nothing Ear 1 ini masih belum diketahui lagi, tetapi Carl Pei mengatakan bahawa ia akan dilancarkan sekitar musim panas tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami