Vlotkamp Ialah Hotel Terapung Yang Menjamin Pembatasan Sosial Ketika Bercuti

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ramai penduduk Malaysia sudah lama tidak bercuti. Sekiranya anda seperti kami, sudah lebih sebelum terperangkap bekerja dari rumah kerana halangan merentas negeri yang masih berkuat kusa. Di Belgium, pembatasan sosial masih digalakkan walaupun sektor pelancongan sudah mula dibuka. Untuk mematuhi saranan kerajaan, Vlotkamp telah dibuka di Flanders.

Vlotkamp ialah hotel sementara yang hanya menawarkan lapan bilik yang unik kerana setiap satunya terapung di permukaan tasik. Pelanggan akan tidur di dalam khemah yang diletakkan di atas platform. Untuk mengakses “bilik” mereka perlu menggunakan sampan.

Platform dibina menggunakan kayu dengan apungan diberikan oleh tong plastik yang dikitar semula. Setiap khemah cukup besar untuk menempatkan sebuah katil saiz raja dengan dua kerusi di bahagian luar. Tiada tandas tradisional ditawarkan sebaliknya hanya tandas kecemasan dengan serdak kayu diberikan.

Vlotkamp ialah idea dari Tobias Knockaert dan Kika Merlin yang ingin menawarkan penginapan yang selamat ketika wabak. Pengudaraan hotel biasa terbukti masih belum cukup selamat untuk mengelakkan penyebaran virus. Oleh itu hotel berkonsep terbuka dengan pengudaraan semula jadi lengkap dengan pembatasan sosial ialah idea terbaik.

Bagi mereka yang sudah tidak tahan lagi di rumah sehingga mempunyai demam kabin, khemah terapung di atas tasik ini boleh menjadi pengubat kebosanan serta letargi pandemik.

Sumber Vlotkamp

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami