Gabungan Celcom Dan Digi Dijangka Selesai Menjelang Suku Kedua 2022

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom dan Digi hari ini telah memuktamadkan gabungan mereka, dan menandatangani  perjanjian untuk bergabung selepas melalui proses semakan antara syarikat lanjutan daripada pengumuman hasrat untuk bergabung pada April lepas.

Dengan gabungan, syarikat baharu Celcom Digi Berhad akan mempunyai sekitar 19 juta pelanggan, dengan pendapatan RM12.4 bilion.

Syarikat gabungan juga dijangka mempunyai nilai ekuiti mencapai RM50 bilion.

Lanjutan pengumuman hari ini, ia dijangka akan melalui proses semakan dan pengesahan oleh pihak berkuasa. Axiata mengatakan gabungan menjadi satu syarikat ini dijangka selesai menjelang suku kedua 2022 – iaitu dalam tempoh setahun lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami