Canon China Menggunakan Sistem Pengecaman Wajah Yang Memerlukan Kakitangan Senyum Sebelum Dibenarkan Masuk

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah anda gembira dengan kerjaya anda? Masuk pejabat dengan hati yang riang ataupun pekerjaan ialah kerana terpaksa bagi memastikan anda mampu membeli sesuap nasi? Di Malaysia kini ramai bekerja dari rumah bagi mengelakkan penyebaran wabak, tetapi di China kehidupan semakin hampir kepada normal dan kakitangan kembali ke pejabat.

Canon China kini menggunakan sistem pengecaman wajah sebelum membenarkan kakitangan memasuki pejabat. Sistem ini sedikit unik kerana memerlukan kakitangan tersenyum sebelum diberikan akses. Selain membuka pintu, ia juga boleh digunakan kakitangan untuk melakukan tempahan bilik mesyuarat.

Teknologi ini dibangunkan sendiri oleh Canon Information Technology dengan kecerdasan buatan terbina. Pada waktu ia hanya digunakan di ibu pejabat Canon di China. Teknologi pengecaman wajah digunakan secara meluas di China kerana penduduk tidak mempunyai kebebasan privasi di tempat awam atau tempat kerja.

Sistem pengecaman wajah telah digunakan oleh polis untuk menangkap individu dengan rekod jenayah di tempat awam menerusi kaca mata khas dan pada robot yang menangkap gambar individu melintas jalan tanpa kebenaran. Lebih menakutkan, teknologi yang sama mengekang pergerakan warga Uighur sehingga mengakibatkan syarikat HikVision disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat.

Sumber Petapixel

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami