Samsung Galaxy M32 Kini Rasmi – Skrin 90Hz, MediaTek Helio G80, Kamera 64MP

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, Samsung Galaxy M32 akhirnya diperkenalkan secara rasmi untuk pasara India, sebentar tadi. Antara titik jualan utama yang diketengahkan oleh Samsung pada model ini adalah bateri besar 6000mAh dan skrin Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz.

Untuk spesifikasi khusus, Samsung Galaxy M32 dibekalkan skrin bersaiz 6.4-inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga menggunakan cip MediaTek Helio G80, memori sehingga 6GB RAM, storan dalaman 12GB dan bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 15W.

Sistem kuad-kamera digunakan di sini dengan tetapan sensor utama 64-Megapixel (utama). 8-Megapixel (Ultra-lebar), 2-Megapixel (makro) dan 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman. Kamera hadapan pula sebesar 20-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, Android 11 dan banyak lagi. Di India, Samsung Galaxy M32 dijual pada harga bermula ₹14,999 (~RM839).

Sumber : Samsung India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami