Carian
Pakej Melancong Ke Amerika Untuk Mendapatkan Vaksin Mula Ditawarkan Di Indonesia
June 21, 2021 Effi Saharudin

Proses mendapatkan vaksin di negara ketiga seperti Malaysia adalah lebih lama kerana bekalan awal vaksin dunia telah habis direbut negara dunia pertama. Bagi mereka yang berkemampuan di Indonesia, pakej melancong ke Amerika Syarikat semata-mata untuk mendapatkan vaksin mula ditawarkan.

Pakej mendapat sambutan kerana ramai dar golongan berada tidak lagi sanggup menunggu giliran mereka. Pelancong juga boleh memilih jenis vaksin yang ingin diterima contohnya seperti Johnson&Johnson yang hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja berbanding AstraZeneca dan SinoVac yang diberikan oleh kerajaan Indonesia.

Covid Vaksin

Kos untuk ke Amerika Syarikat adalah di antara $1,100 – $3,700 (~RM 4562 -RM 15,345) seorang dan setakat ini sekitar 100 individu telah melakukan tempahan untuk ke Amerika Syarikat demi suntikan vaksin. Selain mempunyai dana yang mencukupi, pelanggan juga perlu layak menerima visa. Pelancong hanya perlu membayar tiket penerbangan dan tempat tinggal kerana vaksin diberikan percuma secara terbuka kepada sesiapa yang hadir ke pusat vaksinasi. Selain di Indonesia, pakej yang sama juga ditawarkan di Thailand dan Mexico.

Setelah sekian lama Indonesia menjadi tempat warga Amerika Syarikat datang untuk melakukan kerja atas talian nomad digital untuk menikmati kehidupan yang lebih santai, kini giliran warga Indonesia melakukan pejalanan arah bertentangan untuk mendapatkan vaksin yang boleh menyelamatkan nyawa pula.

Sumber Reuters

Komen