Siri Huawei Nova 9 Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi – Mungkin Tidak Sokong 5G

Diterbitkan pada Jun 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disamping siri peranti mercu, Huawei juga mempunyai penawaran berspesifikasi pertengahan dan memfokuskan gaya hidup, dinamakan sebagai siri Huawei Nova.

Versi terakhir, Huawei Nova 8 telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan kini semestinya ramai yang menantikan pengenalan Huawei Nova 9.

Seperti ramai sedia maklum, Huawei mengalami kekangan dalam mendapatkan komponen dan cip – disebabkan oleh halangan dagangan. Perkara ini, sekaligus memberikan impak besar terhadap perniagaan peranti mudah-alih mereka.

Turut terkesan adalah peranti dibawah siri Nova ini. Huawei dikatakan tidak ingin menangguhkan dan diperkatakan akan memperkenalkannya pada sekitar Ogos kelak. Apa pun, ia mungkin hadir dengan beberapa kekurangan – termasuk ketiadaan sokongan rangkaian 5G, dan menggunakan cip Kirin yang menyokong rangkaian 4G sahaja.

Disamping itu, Huawei mungkin menawarkan rekaan yang lebih kurang sama seperti siri Nova 8 sebelum ini, tetapi menawarkan sokongan kamera lebih baik – serta perbezaan dari segi rekaan lensa.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan telefon pintar terbaru Huawei ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami