Cari @ Amanz

Tesla mungkin dilihat sebagai jenama kereta elektrik dan pintar, tetapi tahukah anda mereka membangunkan komponen dalaman dan juga perisian yang digunakan secara kendiri? Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Tesla sudahpun mula menguji sistem swapandu Autopilot mereka dengan sejumlah kenderaan mereka sebelum ini.

Terkini, Elon Musk, CEO Tesla mungkin akan mengadakan acara AI Day untuk memperlihatkan kemajuan dan kemampuan perisian kecerdasan buatan Tesla setakat ini. Acara tersebut, jika ia berlangsung akan diadakan dalam masa sebulan lagi, mungkin di lokasi berhampiran kilang mereka di Texas.

Apa yang lebih menarik lagi ialah sebab mengapa Tesla mahu mengadakan acara AI Day ini. Elon Musk mengatakan bahawa salah satu sebab utama ialah untuk menarik minat lebih ramai saintis data dan mereka yang bekerja dalam arena kecerdasan buatan untuk datang bekerja dengan Tesla.

Pengaruh kata-kata beliau tidak boleh diendahkan kerana Tesla dilihat sebagai salah satu syarikat yang sedang memesatkan teknologi swapandu dan inovasi kecerdasan buatan di dunia. Jika berpeluang, adakah anda akan bekerja untuk Tesla?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd