Cari @ Amanz

Astro sedia menghadapi masalah teknikal sejak daripada semalam, dikatakan adalah disebabkan oleh gangguan satelit. Terbaru, Astro turut berkongsi maklumat tambahan, mengatakan penyedia satelit memerlukan masa tambahan untuk memperbaiki beberapa perkara.

Antaranya adalah termasuk untuk pancaran isyarat satelit dan juga saluran.

Perkara ini, sekaligus membawa kepada masalah bagi pengguna untuk menonton beberapa saluran melalui kaca televisyen masing-masing.

Astro meminta pengguna untuk menggunakan Astro GO buat sementara waktu. Astro juga meminta maaf atas masalah ini.

Bagi anda yang menggunakan Astro, mungkin boleh menggunakan Astro GO sementara waktu ini sebagai alternatif dalam mengikuti kandungan kegemaran anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd