Samsung Mungkin Akan Meneruskan Kerjasama Dengan AMD Untuk Membangunkan GPU Untuk Siri Cip Exynos

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan AMD untuk menggabungkan SoC Samsung Exynos bersama-sama dengan cip grafik RDNA2 yang telah memperlihatkan kemampuan grafik yang jauh lebih baik berbanding dengan pilihan GPU sedia ada.

Peranti yang menggunakan gabungan Exynos dan RDNA2 ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Julai kelak, dan dijangka akan menjadi satu lagi pilihan peranti premium keluaran syarikat teknologi dari Korea tersebut.

Terdapat ura-ura yang mengatakan apabila dibandingkan dengan GPU Mali-G78, prestasi CPU Exynos 2100 yang menggunakan GPU mRDNA2 adalah 30 peratus lebih baik. Akan tetapi, cip pemprosesan tersebut dilihat hadir dengan satu kekurangan serius dimana apabila ujian grafik dijalankan untuk kali kedua dan ketiga, prestasi peranti yang menggunakan cip baru ini menurun sebanyak 20 dan 30 peratus.

Ia dikatakan ini adalah kerana isu suhu komponen tersebut yang menyebabkan penurunan prestasi jangka-masa lama tersebut. Secara teknikalnya, ia benar bahawa cip mRDNA2 ini hadir dengan prestasi berkuasa, tetapi isu suhu dan thermal-throttling nampaknya satu kelemahan yang ketara dalam percubaan pertama AMD dalam membangunkan cip pemprosesan grafik untuk peranti pintar ini.

Walaupun begitu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa Samsung dan AMD telah menandatangani perjanjian jangka-masa panjang untuk terus bekerjasama membangunkan cip grafik khusus untuk siri CPU Samsung Exynos ini.

Ini cukup menarik kerana AMD sudahpun mempunyai cengkaman kuat dalam industri CPU dan GPU komputer desktop dan komputer riba tidak lama lagi. Peralihan fokus kepada platform peranti pintar dijangka akan meningkatkan lagi nama AMD di persada teknologi dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami