Doogee Hadir Dengan Telefon Dilengkapi Bateri 8500mAh, Dan Lazer Hitung Jarak

Diterbitkan pada Jun 22, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Doogee merupakan salah satu jenama telefon pintar dari China, dan pernah menawarkan produk mereka di Malaysia sebelum ini. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tiada lagi produk baharu ditawarkan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna mereka tidak hadir dengan produk baharu. Terbaru, mereka telah pun memperkenalkan Doogee S27 Pro. Menjadi fokus pada peranti ini adalah penawaran bateri berkapasiti 8500mAh, dan juga rekaan tahan lasak.

Selain itu, telefon ini turut hadir dengan integrasi lazer untuk memudahkan pengguna untuk membuat semakan jarak dan panjang sesuatu perkara – sehingga 40 meter panjang.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.4-inci 720p, dijana cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM, dan menggunakan kuad kamera pada bahagian belakang.

Doogee S27 Pro turut hadir dengan sokongan kalis air IP68 bersama dengannya, dan dikatakan mampu bertahan suhu antara -55°C sehingga 70°C.

Buat masa ini, telefon ini diumumkan untuk pasaran China, dan turut ditawarkan melalui AliExpress pada harga bermula $220, iaitu sekitar RM920.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami