Sejak beberapa bulan lepas, kita sedia mendengar desas-desus mengatakan Apple akan memperkenalkan iPhone 13 dengan storan mencapai 1TB pada tahun ini. Apa pun, mengikut laporan terbaru daripada firma TrendForce, ia diperkatakan Apple mungkin tidak menawarkan storan 1TB pada iPhone akan datang.
Ia diperkatakan kekurangan komponen membawa kepada peningkatan harga pengeluaran, sekaligus mungkinn membuatkan Apple tidak menawarkan pilihan storan 1TB.
Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple diperkatakan bakal menawarkan sejumlah ciri baharu – termasuk pada skrin, dan juga komponen lain yang dinaik-taraf. TrendForce menyasarkan untuk Apple mengekalkan kapasiti storan pada iPhone tahun ini lebih kurang sama seperti storan iPhone 12 pada tahun lepas – dan mengekalkan harga penawaran lebih kurang sama.
Seperti biasa, buat masa ini, laporan ini adalah daripada pihak penganalisa, dan masih terdapat kemungkinan berlaku perubahan pada produk akhir daripada Apple kelak.