Redmi K50 Mungkin Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini Dengan Skrin Lebih Baik Dan Mungkin Pengecasan Pantas 100W

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun ini adalah tahun Xiaomi, kerana mereka melancarkan pelbagai variasi peranti dalam siri Mi 11, siri Redmi Note 10 dan juga siri Redmi K40. Secara tidak langsung memberikan pengguna pelbagai pilihan pada harga yang bersesuaian juga menepati citarasa masing-masing.

Untuk siri Redmi K40 sahaja, Xiaomi telah melengkapkan dengan hampir kesemua cip paling berkuasa yang ada di pasaran seperti Snapdragon 870, Snapdragon 888, atau Dimensity 1200. Di pasaran tempatan dan global. siri Redmi K40 dipasarkan sebagai Poco F3 dan akan datang Poco F3 GT. Terkini, Xiaomi dilihat tidak akan menunggu sehingga tahun hadapan untuk melancarkan siri Redmi K50 – kerana mereka dilaporkan akan melancarkan siri ini pada tahun ini juga.

Menurut Digital Chat Station, iaitu antara peniris yang terkenal di China – siri Redmi K50 bukan sahaja akan dilancarkan lebih awal. Tetapi turut akan hadir dengan skrin yang lebih baik berbanding siri Redmi K40. Kemudian, sistem pengecasan pantas baharu juga turut akan ditawarkan pada siri Redmi K50 ini. Tambahan beliau lagi, cip dan komponen untuk pengecasan pantas 67W daripada Xiaomi ada banyak baki dan mungkin akan digunakan pada siri Redmi Note (mungkin juga Redmi K50). Kelak, jika baki komponen pengecasan pantas 100W (versi rasmi Xiaomi adalah 120W) – ada baki ia juga mungkin akan ditawarkan pada siri peranti Redmi.

Lu Weibing selaku Naib Presiden Xiaomi dan pengurus bagi jenama Redmi turut mula bertanyakan pendapat kepada pengguna apakah yang mereka ingin lihat hadir pada siri Redmi K50 akan datang. Nampaknya walaupun ada masalah kekurangan cip, ia bukanlah halangan daripada Xiaomi untuk terus melancarkan peranti baru pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami