Microsoft Berhenti Menawarkan Perisian Pemacu Windows 7 Melalui Windows Update

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi anda yang menggunakan Windows 7, kini anda mungkin perlu mencari kaedah baharu dalam mengemaskini atau memasang perisian pemacu (driver) pada sistem operasi anda. Pihak Microsoft kini telah berhenti menerbitkan perisian pemacu melalui Windows Update, dan memerlukan pengguna melakukan pemasangan secara manual atau kaedah lain selepas ini.

Untuk makluman, perisian pemacu digunakan pada sistem operasi untuk memastikan sesuatu perkakasan pada komputer berjalan dengan lancar. Ada kalanya, perkakasan ini juga menerima kemaskini perisian dan sebagainya yang menambah-baik prestasi.

Microsoft menyatakan mereka telah menamatkan penerbitan perisian pemacu melalui Windows Update untuk pengguna Windows 7 SP1, Windows Server 2008 dan Windows Server 2008 R2 sejak 17 Jun 2021 yang lepas.

Apa pun, untuk pengguna perusahaan yang menggunakan program ESU (Extended Security Update), anda dapat kekal menawarkan perisian pemacu Windows 7 melalui WSUS (Windows Server Update Services).

Untuk makluman, Microsoft sedia menamatkan sokongan Windows 7 pada 14 Januari 2020 lepas, dan masih terdapat ramai pengguna yang menggunakannya sehingga hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami