Twitter Memperkenalkan Fungsi Berkongsi Tangkapan Layar Ciapan Terus Ke Instagram Stories

Diterbitkan pada Jun 23, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Konsep perkongsian kandungan diantara platform media sosial bukanlah sesuatu yang baru. Pengguna TikTok secara lazimnya akan berkongsi kandungan video mereka ke platform seperti Instagram, manakala integrasi diantara Instagram Stories dan Facebook Stories juga telah lama diperkenalkan diantara kedua-dua platform tersebut.

Twitter baru-baru ini telah memperkenalkan kebolehan untuk berkongsi ciapan terus ke Instagram Stories, khusus untuk pengguna yang gemar berkongsi ciapan daripada Twitter ke platform penceritaan ringkas Instagram tersebut secara terus.

Jika sebelum ini pengguna perlu mengambil gambar tangkapan layar aplikasi tersebut dan berkongsinya, kini pengguna boleh terus berkongsi ciapan tersebut melalui fungsi kongsi dalam aplikasi Twitter. Pilihan perkongsian Instagram Stories akan terus diperlihatkan pada menu tersebut.

Menurut Twitter buat masa ini perkongsian ini hanyalah sebuah fungsi yang asas, dan tidak akan menyertakan pautan kepada ciapan tersebut, tetapi berkemungkinan besar fungsi tersebut akan diperkenalkan dalam kemaskini di masa akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami