Astro kini telah mengumumkan yang mana mereka telah pun berjaya memulihkan semula semua saluran untuk bersiaran seperti biasa bermula malam tadi.
Astro mengatakan pengguna yang terjejas boleh memulakan kembali Astro Box untuk mengakses saluran Astro seperti biasa.
Pada masa yang sama, Astro turut menasihatkan yang mana penduduk di kawasan bangunan tinggi seperti apartment dan sebagainya, mungkin masih terdapat masalah mmengakses beberapa saluran dan Astro sedang aktif memulihkannya. Sebagai alternatif, pengguna diminta menggunakan Astro Go untuk sementara waktu.