AMD baru-baru ini hadir dengan kemaskini untuk perisian Radeon Adrenaline terbaru mereka (21.5.2) yang memperkenalkan sejumlah ciri baru seperti FidelityFX Super Resolution yang seakan-akan ciri Deep Learning Super Sampling (DLSS) keluaran NVIDIA.
Tetapi dengan kemaskini baru ini juga hadir berita bahawa ia akan menjadi kemaskini terakhir untuk sejumlah siri kad grafik lama mereka, termasuklah AMD Radeon R9 Fury X, AMD Radeon HD 7970, AMD Radeon R9 290 dan AMD Radeon R9 390X.
AMD mengesahkan melalui blog mereka dan mengatakan bahawa bermula kemaskini akan datang, iaitu Radeon Adrenaline 21.6.2, kad-kad grafik ini akan dialih menjadi kad-kad grafik legasi dan tidak akan menerima kemaskini dan sokongan tambahan kelak.
Ini juga bermakna bahawa APU AMD sebelum APU AMD Ryzen 2200G dan 2400G juga akan ditamatkan sokongan kemaskini perisian pemacu grafik mereka, menamatkan era APU generasi pra-Ryzen. Jika anda terkesan dengan keputusan AMD untuk menamatkan sokongan komponen-komponen tersebut, mungkin sudah tiba masanya anda pelan untuk menaiktarafkan komponen-komponen komputer anda.